Sunday, September 5, 2010

.....INFO SOLAT (TAMAKNINAH).....

Tamakninah sebahagian daripada rukun solat solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itumasih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.





....Rukun yang WAJIB disertakan tamakninah....

Antara rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal solat jika tiada tamakninah :
  1. Rukuk : Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Brangkali sempat membaca subhanallah.
  2. Iktidal (bangun daripada sujud) : Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar tamakninah.
  3. Sujud : Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi ) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar tamakninah.
  4. Duduk antara dua sujud : Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.
Tempat yang Sering Diabaikan Tamakninah

1. Iktidal
Terdapat sesetengah orang terutama orang tia, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.

2. Sujud
Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah maka solatnya tidak sah.

3. Bangun daripada sujud
Waktu bangun dari sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disuntkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.


....Semoga dengan INFO SOLAT ini para pembaca dapat mengambil manfaatnya....amin...

No comments: