Monday, September 6, 2010

......TIP MEMBUAT KEPUTUSAN........


Pernahkah anda bingung dalam membuat pilihan?Berikut disediakan beberapa petua yang cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat pilihan.....

PERTAMA : SOLAT ISTIKHARAH

Solat istikharah patut menjadi prioriti seorang Muslim dalam membuat sebarang keputusan. Tidak semua perkara yang diiginkan oleh kita adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua perkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. Hanya Allah s.w.t. yang tahu apa yang terbaik buat kita. Ini dijelaskan lagi dengan firman-Nya yang bermaksud : "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah 2:216).

KEDUA : MUSYAWARAH

Musyawarah, syura, bermesyuarat atau diskusi amat penting. Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. Oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu kita membuat keputusan.

KETIGA : DENGAR KATA HATI

Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tetapi perlu bersyarat. Bukan sembarangan hati yang kita boleh dengar kehendaknya. Hanya hati yang cintakan Allah s.w.t. dan Rasul yang layak dipertimbngkan. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat fardu, solat taubat atau solat Istikharah serta ketika sedang berpuasa.

Pesanan : Tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan Allah dan menjauhi larangannya.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu para sahabat sekalian dalam membuat sesuatu keputusan.....insyaallah....

No comments: