Thursday, October 28, 2010

FOTO TEKNOLOGI DAN INOVASI (GGGE 2153)


بسم اللّه الرحمن الرحيم

5 foto teknologi & inovasi yang boleh dikaitkan dengan pendidikan Islam :


PEN AL-QURAN DAN TASBIH ELEKTRONIK

Antara ciri-ciri pen al-Quran dan tasbih elektronik ini adalah

· Audio bacaan Al-Quran

· Mengandungi 30 surah dalam Al-Quran

· Bacaan Oleh Sheikh Sudais (Imam Mekah)

· Terdapat fungsi play, stop dan repeat.

· Pen berkualiti yang boleh menulis

· Berwarna Metallic Silver

· Headphone dengan tempat mengawal suara

· Mudah dibawa ke mana-mana - bersaiz pen biasa.


ROBOT MAUSIA: GEMENOID-F

Antara kegunaan robot wanita ini di restoran ialah, pelanggan boleh memesan makanan yang diingini dengan menekan skrin sentuh pada setiap meja mereka sebelum makanan itu dihantar oleh robot. Bukan setakat itu saja, robot ‘samurai’ yang turut dilengkapi dua mata bulat itu juga boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Gemenoid-F adalah hasil gandingan penciptanya yang juga pensyarah Universiti Osaka, Hiroshi Ishiguro, yang bekerjasama dengan syarikat pengeluar robot Jepun, Kokoro. Ia yang digerakkan hasil tenaga tekanan udara, dilengkapi 12 fungsi yang membolehkannya memaparkan aksi mimik manusia seperti tersenyum dan marah, Robot ini boleh menggerakkan kulit getahnya untuk ketawa dan menampakkan barisan giginya atau memaparkan wajah mencuka, marah lengkap dengan keningnya terangkat. Ini semua mampu dilakukannya selepas menerima isyarat elektrik yang dipancarkan daripada individu yang ditirunya.




MYIMAN TELEFON BIMBIT ISLAMIK

Ciri2 MyIman :

1.2 kad kad SIM aktif daripada M yIman Technologies Sdn Bhd.

2.Al-Quran digital 30 juzuk berserta bacaan oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi dan paparan teks berwarna Rasm Uthmani untuk mengiringi bacaan yang mana ia telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.

3.kitab hadis matan arab, tafsir al-Jalalain dlm bahasa arab, blh tetapkan waktu solat, mencari arah kiblat.
4.teknologi rangkaian Dual Band GSM 900 & DCS 1800 & teknologi skrin sentuh 2.2 inci TFT LCD 262k warna.





ALAT USG KEHAMILAN

janin bayi bersujud apabila diperdengarkan bacaan ayat2 suci al-quran melalui USG kehamilan.





MESIN MIMPI

Kecanggihan sains dan teknologi hari ini mendorong manusia berlumba-lumba mencipta pelbagai alat kadang kala seolah-olah ingin menyaingi ciptaan tuhan. Sebuah syarikat pengeluar permainan pintar terkenal dari Jepun, Takara Co. baru-baru ini telah memperkenalkan sejenis alat atau gajet (Yumemi-kobo) yang membolehkan pengguna menentukan mimpi yang mereka kehendaki atau mendapat pasangan impian di dalam mimpi mereka.




SEKIAN....

No comments: