Sunday, September 26, 2010



KAEDAH UNTUK MENYAMAK KULIT BINATANG


PENYEMBELIHAN MENURUT ISLAM


MENGHORMATI IBU BAPA


KEKUASAAN ALLAH S.W.T

KULIT BUKU TEKNOLOGI PENDIDIKAN (GGGE 2153)


fikir punye fikir kulit buku y macam mana ana nak design nie?????tajuk apa pulak yang sesuai dengan PI ???Alhamdulillah, ana dapat satu idea untuk design kulit buku ini.....so, inilah hasilnya...setelah diberi pendapat oleh sahabat2 dan Mejar Jasmy.....macam mana ok tak???sama tak macam kulit buku yang sebenar....

Monday, September 6, 2010

......TIP MEMBUAT KEPUTUSAN........


Pernahkah anda bingung dalam membuat pilihan?Berikut disediakan beberapa petua yang cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat pilihan.....

PERTAMA : SOLAT ISTIKHARAH

Solat istikharah patut menjadi prioriti seorang Muslim dalam membuat sebarang keputusan. Tidak semua perkara yang diiginkan oleh kita adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua perkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. Hanya Allah s.w.t. yang tahu apa yang terbaik buat kita. Ini dijelaskan lagi dengan firman-Nya yang bermaksud : "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah 2:216).

KEDUA : MUSYAWARAH

Musyawarah, syura, bermesyuarat atau diskusi amat penting. Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. Oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu kita membuat keputusan.

KETIGA : DENGAR KATA HATI

Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tetapi perlu bersyarat. Bukan sembarangan hati yang kita boleh dengar kehendaknya. Hanya hati yang cintakan Allah s.w.t. dan Rasul yang layak dipertimbngkan. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat fardu, solat taubat atau solat Istikharah serta ketika sedang berpuasa.

Pesanan : Tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan Allah dan menjauhi larangannya.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu para sahabat sekalian dalam membuat sesuatu keputusan.....insyaallah....

TUGASAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (GGGE2153)

Tahap pengetahuan penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam, dikatakan lebih rendah berbanding guru-guru dalam bidang-bidang lain seperti guru sains, matematik dan sebagainya. Berikan 5 saranan anda untuk mengatasi masalah ini supaya guru-guru pendidikan Islam juga mampu menggunakan kemudahan ICT dengan sepenuhnya agar dapat menghasilkan proses P&P yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar selaras dengan hasrat negara untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Sila sertakan nama dan matrik diakhir komen anda…..

Segala pandangan dan saranan yang akan dikemukakan oleh sahabat-sahabat sekalian, saya dahului dengan ucapan syukran jazilan…..

Sunday, September 5, 2010

.....INFO SOLAT (TAMAKNINAH).....

Tamakninah sebahagian daripada rukun solat solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itumasih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.





....Rukun yang WAJIB disertakan tamakninah....

Antara rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan akan batal solat jika tiada tamakninah :
  1. Rukuk : Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Brangkali sempat membaca subhanallah.
  2. Iktidal (bangun daripada sujud) : Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri sebentar itulah kadar tamakninah.
  3. Sujud : Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi ) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Itulah kadar tamakninah.
  4. Duduk antara dua sujud : Sewaktu duduk sambil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.
Tempat yang Sering Diabaikan Tamakninah

1. Iktidal
Terdapat sesetengah orang terutama orang tia, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.

2. Sujud
Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah maka solatnya tidak sah.

3. Bangun daripada sujud
Waktu bangun dari sujud kedua, ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disuntkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.


....Semoga dengan INFO SOLAT ini para pembaca dapat mengambil manfaatnya....amin...